Kerjaya Leong Jun Hao

Pada Julai 2017, Leong memenangi Kejohanan Remaja Asia dengan mengalahkan Bai Yupeng di perlawanan akhir.[1] Pada Oktober 2017, beliau memasuki ke peringkat akhir Kejohanan Remaja Dunia di mana beliau tewas kepada unggulan teratas, Kunlavut Vitidsarn, 21-17, 15-21, 9-21.[2] Pada November 2017, beliau mencapai pentas akhir senior yang pertamanya di Cabaran Antarabangsa Malaysia sebelum tewas kepada rakan senegara Iskandar Zulkarnain Zainuddin.[3]

Pada Januari 2018, beliau berjaya mara ke akhir Master Thailand sebagai pilihan kelayakan di mana beliau tewas kepada pilihan kedua kejohanan, Tommy Sugiarto.[4] Pada April 2018, beliau memenangi gelaran senior pertamanya di Terbuka Finland dengan mengalahkan rakan senegara Cheam June Wei di perlawanan akhir.

Rujukan

WikiPedia: Leong Jun Hao http://bwfbadminton.com/news-single/2017/03/19/bwf... http://bwfworldtour.com/news-single/2018/01/10/act... https://bwf.tournamentsoftware.com/player-profile/... https://www.nst.com.my/sports/badminton/2017/07/26... https://www.nst.com.my/sports/badminton/2017/10/29... https://www.nst.com.my/sports/badminton/2017/11/30... https://www.nst.com.my/sports/badminton/2018/01/32... https://web.archive.org/web/20171201164159/http://... https://web.archive.org/web/20180113162925/http://...